KIMIA ITU MENARIK

Anda tetamu comel yang ke :

Tarikh islam

Isnin, 25 Mei 2009

Sejarah Atom

kadang-kadang kita nak hafal sejarah perkembangan memang susah.. kita orang sains nie memang malas nak hafal..
tapi sebenarnya tak susah nak hafal.. kita boleh buat bermacam teknik menghafal. jangan kira teknik itu kelakar ataupun nampak cam Tolol jo.. yang penting kita kena ingat.. di universiti lagi susah.. kita kena baca 2/3 biji buku yang tebal untuk periksa keesokkan hari.. ni bg orang yang study last minutes laaa.. moleknya study awal-awal.. tapi kadang-kadang terpaksa jugak..

cuba tengok kat bawah nie..

nie jenama yang cikgu buat.. DalthRu Boh Chad Senpon...!!!

dari jenama itu kita boleh kembang kan kepada sejarah perkembagan Atom..

bermula dari. .. Dalton - Sfera
Thonsom - Electron
Rutherford - Nucleus and Proton
Neil Bohr - Orbit
Chadwick. - Neutron


sebut dua tiga kali .. and insyallah boleh ingat.. Dalthru BohChad!!!!!! Dalthru BohChad!!!!!!
cikgu malas nak ulas panjang.. antum cari sendiri laa pulak dalam buku untuk history yang lebih detail... so kita cuba kembangkan balik.. yang penting kita boleh ingat..!!
mudah kan??
sesiapa ader idea bolehlaa pakat-pakat kongsi di minda kimia ni..
di sini cikgu masukkan ringkasan sejarah atom...




score Kimia


syarat wajib untuk ke IPT bagi aliran Sains tulen  ialah subjek kimia... bukan biologi ataupun fizik.. so pelajar wajib ambil and score kimia untuk mendapat laluan mudah untuk ke IPT..

sebab apa? subjek kimia nie boleh masuk untuk kedua-dua sekali.. bergabung ngan fizik ataupun untukn Biologi..
sebab tu laa cuma ada 2 kos matrikulasi sahaja untuk pelAJAR SAINS... MATRIKULASI SAINS FIZIK DAN MATRIKULASI sAINS hAYAT.. Yang mana kedua-duanya memerlukan Score Kimia.

pada masa muda-muda cikgu Dahulu,  cikgu ambil Matrikulasi sains Fizik..kesilapannya.. yang sebenarnya cikgu lebih berminat dengan biologi tetapi ikut kawan serumah punya pasal so joint sains fizik jo laaa. pelajar sains hayat lelaki cuma kurang dari 10 orang sahaja... dalam 16 orang dalam rumah kami.. NO 9 tok jembal, cuma 2 orang je yang ambil sains hayat..
Last sekali cuma dapat cukup-cukup makan jo untuk ke ijazah..
akhirnya Dapat laaa tawaran yang ke Bac. Sc Dgn Pend ( Kepujian ) Kimia. pilihan yang ke-3 yang cikgu mohon. sebenarnya kimia nie cikgu kurang minat sejak sekolah lagi.. mungkin cikgu telah ditakdirkan untuk menjadi seorang guru Kimia...  dahulu rasa cam susah jo kimia.. tapi sekarang, begitu mudah.. cuma kena ada kerajinan, kesungguhan dan sebagainya.

Kimia merupakan subjek yang memerlukan pemahaman dan Hafal. 
kalau tak hafam tak akan boleh faham dan tak akan boleh selesaikan permasalahan kimia. biasanya jawapannya berkaitan dari atas sehingga ke bawah.. so kena ada teknik untuk memudahkan kita ingat dan faham.. tak susah!!

# contohny.. cas-cas ion.. kalau tak hafal cas, kita  tak akan boleh buat FORMULA KIMIA, tanpa formula, persamaan kimia tidak akan terjadi, kalau salah persamaan kimia, semua pengiraan akan kantoi.. so hilang sahaja 10 markah free-free..

jadi pelajar semua kena kemaskan betul-betul asas supaya mudah untuk memahami kimia seterusnya.. nampak cam susah kan?  tak susah, insyallah kita cuba berbincang di Blogspot ini..
tanpa usaha mimpi tidak akan menjadi kenyataan...

kimia itu mudah!!!


Ahad, 17 Mei 2009

Kimia itu mudah



assalamualaikum.....

alhamdulillah.. syukur cikgu kehadrat ALLLAH S.Aw kerana dengan limpah kurnianya dpat jua cikgu meluangkan masa cikgu untuk berceloyeh dalam blog ini untk sama-sam berkongsi idea berkenaan kimia.. sudh lama sebenarnya cikgu nak menulis tetapi tidak kesampaian.
nak kata sibuk tak laa sibuk sangat..

kimia itu mudah..
kalau kita tengok tajuk ini cikgu cuba berkongsi maklumat yang sebenarnya kimia itu tak payah sangat.. mudah jo. tapi apabila kita memikirkan ia susah ,itu lah yang menyusahkan kita..
untuk langkah pertama memudahkan kimia, ialah kita kena minat subjek kimia ini sendiri..
betul la kata orang tua dulu,,,, tak kenal maka tak cinta, apabila dah kenal kimia nie insyallah kimia ini akan menjadi begitu mudah..


sama jugak ngan cikgu dulu...
masa sekolah dulu subjek yang mencabar bagi cikgu ialah KIMIA...
dan cikgu kurang minat subjek ini....
nak imbang persamaan kimia pun pening dah.. alahai susahnya..
tapi apabila masuk universiti jadi sebaliknya..
subjek kimia tidak seperti yang disangkakan... tak la susah sangat.


lepas tu.. cikgu lihat kimia rupanya mudah jo..
kadang-kadang apabila tengok pelajar tak leh nak buat @ selesaikan kimia semassa mengajar, rasa nak maraah jo... tak kan begitu senang pun tak leh nak buat?

yang penting... kita kena minat dulu KIMIa.. nak minat kimia kena minat cikgu yang mengajar kimia.... biar kita rasa teruja bila sampai masa sub kimia...
yang betulnya kimia itu indah...

insyallah kita sama-sama kongsi idea untuk sama-sama majukan kimia...


amin...TQ