Rabu, 13 Januari 2010
Kegunaan Asid Sulfurik..
jadi kita kena pelbagaikan teknik menghafal supaya kita tidak lupa.
kena aktifkan otak kanan dan kiri kita..
Asid sulfurik adalah bahan yang penting dalam industri. Banyak kegunaan asid Sulfurik . antaranya ialah :
1. membuat POLIMER
2. sebagai ELEKTROLIT dalam akumulator asid-plumbum
3. Sebagai PIGMEN CAT
4. sebagai agen penanggal oksida logam dalam PEMBERSIHAN permukaan LOGAM sebelum proses penyaduran logam
5. Membuat DETERGEN
6. membuat BAJA
7. Membuat PESTISID
Untuk mudah hafal... kita ambil perkataan penting seperti yang saya taip dalam huruyf besar..
untuk mudah ingat lagi kita bolehlah mencipta ayat2 yang menarik dari perkataan lagi..
POLIs ELak PIG BER Loga DEngan BAJA PESTISID
Sabtu, 9 Januari 2010
Proses Haber
Proses sentuh
Proses sentuh
Proses menghasilkan asid sulfurik dalam industri
Proses Sentuh melibatkan tiga tahap:
- Pembuatan sulfur dioksida
S + O2 ---------------- SO2
- Penukaran sulfur dioksida ke sulfur trioksida
2SO2 + O2 --------------- 2SO3
Suhu: 400C - 450C
Tekanan: 1 atmosfera
Nisbah bahan tindakbalas: Nisbah SO2 kepada O2 ialah 1:1
Mangkin: Vanadium(V) Oksida V2O5
- Penukaran sulfur trioksida ke oleum dan akhirnya ke asid sulfurik
H2SO4 + SO3 ---------- H2S2O7
Sebatian H2S2O7 dikenali sebagai oleum. Apabila oleum dilarutkan dalam air, asid sulfurik akan terhasil:
H2S2O7 + H2O ----------- 2H2SO4
* Oleum dihasilkan sebagai hasil perantaraan kerana melarutkan sulfur trioksida secara terus ke dalam air adalah amat berbahaya kerana proses ini akan membebaskab banyak haba. (walaupun asid sulfurik boleh dihasilkan sebegitu).
* Tindak balas penghasilan sulfur trioksida daripada sulfur dioksida adalah satu tindak balas berbalik. Maka suhu, tekanan, mangkin dan nisbah bahan tindak balas adalah amat penting demi memaksimumkan kuantiti sulfur trioksida yang terhasil.
secara Ringkasnya proses sentuh ini ialah...
sulfur ------- bakar ---- bakar- --- larut asid ------- campur air---- asid sulfurik
S ---- ------- SO2 -------- SO3 ------- Oleom (H2S2O7 ) ----- H2SO4
Ahad, 3 Januari 2010
Aspirin
asid formik
gliserol
Pesanan untuk pelajar tersayang!!
alhamdulillah.... akhirnya beres juga segala kerja cikgu.
- @ Comel la sikit tulisan anda... jangan hudoh berdo'oh.. sakit kepala nak cari jawapan.. kena telan panadol baru ok.
- @ ayat tu tok soh dok belit sangat...nie bukan nak mengarang essei bahasa melayu. buat dalam bentuk point lagi senang..mudah nak bagi markah.. nie ayat panjang berjelor.. tapi point takdok starang... buat sakit hati jo...
- @ soalan pilihan .. kalau boleh... jawab yang terbaik .. jangan la dok jawab semua soalan.. membazir masa sahaja.. yang penting menyusahkan pemeriksa untuk memeriksa semua.. malas tau nak periksa.. cuba bayangkan diorang periksa kertasa anda dengan malas.. kena2 tulisan pula hudoh yang amat... alahai..
- @ Tidak meletakkan unit dengan betul.. ada sesetengah boleh diterima dan kebanyakkan dikira salah walaupun jawapan betul.. kesian kan?? buat penat jo kira jawapan.
- @ jawapan tak lengkap.. istilah kena hafal betul -betul walaupun perkataan itu nampak kecik jo...
- @ memberikan jawapan lebih daripada yang diminta. walaupun jawapan yang pertama betul... tapi jawapan yang kedua salah... jawapan itu dikira salah.