KIMIA ITU MENARIK

Anda tetamu comel yang ke :

Tarikh islam

Rabu, 13 Januari 2010

Kegunaan Asid Sulfurik..

subjek kimia nie ada banyak juga yang perlu dihafal...
jadi kita kena pelbagaikan teknik menghafal supaya kita tidak lupa.
kena aktifkan otak kanan dan kiri kita..



Asid sulfurik adalah bahan yang penting dalam industri. Banyak kegunaan asid Sulfurik . antaranya ialah :

1.  membuat POLIMER
2.  sebagai ELEKTROLIT dalam akumulator asid-plumbum
3. Sebagai PIGMEN CAT
4.  sebagai agen penanggal oksida logam dalam PEMBERSIHAN permukaan LOGAM sebelum proses penyaduran logam
5.  Membuat DETERGEN
6.  membuat BAJA
7. Membuat PESTISID

Untuk mudah hafal... kita ambil perkataan penting seperti yang saya taip dalam huruyf besar..
untuk mudah ingat lagi kita bolehlah mencipta ayat2 yang menarik dari perkataan lagi..


POLIs       ELak     PIG   BER Loga     DEngan   BAJA      PESTISID

Sabtu, 9 Januari 2010

Proses Haber

Proses Haber
- proses untuk menghasilkan ammonia ,NH3
Ammonia terdapat di atmosfera dalam kuantiti yang kecil akibat pereputan bahan organik. Ammonia juga dijumpai di dalam tanah, dan di tempat berdekatan dengan gunung berapi. Oleh itu, ammonia juga terdapat di planet dan satelitsemulajadi planet lain.

tetapi jumlah ammonia tak banyak.. jadi kita kena buat sendiri dalam industri.

Cara pembuatan Ammonia

Secara ringkas nya...

1. ambil gas Nitrogen
2. ambil gas Hidrogen
3. mampat!!

NITROGEN + HIDROGEN ------ MAMPAT

secara terperinci nanti cikgu terang lain kali..ek??




Proses sentuh

Proses sentuh

Proses menghasilkan asid sulfurik dalam industri

Proses Sentuh melibatkan tiga tahap:

  1. Pembuatan sulfur dioksida
    S + O2 ----------------
    SO2
  2. Penukaran sulfur dioksida ke sulfur trioksida
    2SO2 + O2 --------------- 2SO3

Suhu: 400C - 450C

Tekanan: 1 atmosfera

Nisbah bahan tindakbalas: Nisbah SO2 kepada O2 ialah 1:1

Mangkin: Vanadium(V) Oksida V2O5

  1. Penukaran sulfur trioksida ke oleum dan akhirnya ke asid sulfurik
    H2SO4 + SO3 ---------- H2S2O7

    Sebatian H2S2O7 dikenali sebagai oleum. Apabila oleum dilarutkan dalam air, asid sulfurik akan terhasil:
    H2S2O7 + H2O ----------- 2H2SO4

* Oleum dihasilkan sebagai hasil perantaraan kerana melarutkan sulfur trioksida secara terus ke dalam air adalah amat berbahaya kerana proses ini akan membebaskab banyak haba. (walaupun asid sulfurik boleh dihasilkan sebegitu).

* Tindak balas penghasilan sulfur trioksida daripada sulfur dioksida adalah satu tindak balas berbalik. Maka suhu, tekanan, mangkin dan nisbah bahan tindak balas adalah amat penting demi memaksimumkan kuantiti sulfur trioksida yang terhasil.


secara Ringkasnya proses sentuh ini ialah...


sulfur ------- bakar ---- bakar- --- larut asid ------- campur air---- asid sulfurik

S ---- ------- SO2 -------- SO3 ------- Oleom (H2S2O7 ) ----- H2SO4



Ahad, 3 Januari 2010

Aspirin


Aspirin atau asetilsalisilik ialah ester yang terhasil daripada tindak balas pengesteran antara asid salisilik dan asid etanoik, CH3COOH.

asid formik


Nama lain bagi asid metanoik, HCOOH ialah asid formik.

Asid formik mula-mula diperoleh daripada penyulingan semut!

Formik ialah perkataan Latin yang bermakna semut.

gliserol


Gliserol ialah sejenis alkohol triol. Gliserol digunakan dalam losen kulit dan barangan komestik sebagai agen pelembap. Ini kerana gliserol berupaya menyerap dan menyimpan air.

Pesanan untuk pelajar tersayang!!


alhamdulillah.... akhirnya beres juga segala kerja cikgu.
kelmarin dah beres semua urusan pemeriksaan kertas kimia..
rasa cam hilang semua beban setelah 2 minggu bertungkus lumus..
Rasa cam nak tercabut tangan...
otak pun cam tepu je...
tidur pun tak lena..
makan pun tak berapa nak lalu...( habis juga sepinggan... haaa...haaa)

so daripada sedikit pengalaman cikgu..
cikgu ingin berkongsi dengan pelajar beberapa perkara iaitu :

1. Pemeriksa nie adalah manusia biasa... jadi diorang mempunyai hati dan perasaan.. jadi cubalah ambil hati diorang supaya diorang dapat memeriksa kertas anda dengan baik dan gembira... macammana?

  • @ Comel la sikit tulisan anda... jangan hudoh berdo'oh.. sakit kepala nak cari jawapan.. kena telan panadol baru ok.
  • @ ayat tu tok soh dok belit sangat...nie bukan nak mengarang essei bahasa melayu. buat dalam bentuk point lagi senang..mudah nak bagi markah.. nie ayat panjang berjelor.. tapi point takdok starang... buat sakit hati jo...
  • @ soalan pilihan .. kalau boleh... jawab yang terbaik .. jangan la dok jawab semua soalan.. membazir masa sahaja.. yang penting menyusahkan pemeriksa untuk memeriksa semua.. malas tau nak periksa.. cuba bayangkan diorang periksa kertasa anda dengan malas.. kena2 tulisan pula hudoh yang amat... alahai..
2. jangan kita ambil mudah menjawab soalan. kadang-kadang kita rasa boleh menjawab dengan baik tapi markah dapat rendah... mengapa?? mengikut skema jawapan.. jawapan kimia nie tak sama dengan subjek lain.. ia memerlukan ketelitian... walaupun kesalahan kecil tapi tidak mendapat markah.. antara kesalahan pelajar :

  • @ Tidak meletakkan unit dengan betul.. ada sesetengah boleh diterima dan kebanyakkan dikira salah walaupun jawapan betul.. kesian kan?? buat penat jo kira jawapan.

  • @ jawapan tak lengkap.. istilah kena hafal betul -betul walaupun perkataan itu nampak kecik jo...
contoh :
jawapan : Litium atom mendermakan satu elektron..

jawapan salah :

litium mendermakan satu elektron .... salah
litium atom mendermakan elektron .... salah
litium ion mendermakan satu elektron ..... salah
  • @ memberikan jawapan lebih daripada yang diminta. walaupun jawapan yang pertama betul... tapi jawapan yang kedua salah... jawapan itu dikira salah.
# semakin banyak kita beri jawapan .. semakin banyak peluang untuk salah..
so... kalau minta satu jawapan... tulis satu jo lah...

ok lah... setakat itu dahulu yang boleh dikongsi...
selamat tahun baru...
semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun sebelum ini...





Mesyuarat guru 2010

Pejam celik-pejam celik.. last-last dah nak buka sekolah dah..
alhamdulillah..masih hidup lagi... tak pejam selama-lamanya..
aku bersyukur kepadamu ya ALLAH kerana masih lagi memberikan nafas kepada ku..
semoga aku termasuk kedalam golongan orang yang diredhai olehmu...
dan berikanlah kekuatan kepadaku semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas!!

pada 31 hb 12 baru nie sekolah ku membuat mesyuarat untuk tahun 2010 kali pertama...
apa yang excited pada mesyuarat yang pertama nie... ialah bidang tugasan yang diberikan untuk tahun 2010... tapi tak berubah banyak pun... macam dahulu jugak...

tahun ini cikgu mengajar kimia tingkatan lima dan science form 3...
pas tu ada laa pj 3 kelas.. walaubagaimanapun.. alhamdulillah.

dan yang penting.. cikgu masih lagi ketua panitia kimia...
insyallah tahun ini kitaoarang akan berusaha sedaya upaya semoga semua perancangan panitia kimia dapat dilaksanakan.

kimia itu mudah!!!