KIMIA ITU MENARIK

Anda tetamu comel yang ke :

Tarikh islam

Sabtu, 13 November 2010

Aloi...

Aloi - campuran logam untuk membentuk logam baru yang lebih baik, cantik dan tahan lasak

aloi dan kegunaanya.



9901 Yang KuZi
- loyang = Kuprum + Zink


Gang KuTi
- Gangsa = Kuprum + Timah

Ter TiKu
- Pewter = Timah + Kuprum



Dur AluMag -
Duralumin = Aluminium + Magnesium





9901 Stee BeKa -
Steel = Besi + Karbon


7408 StanStee Be Ka -
StanlessSteel = Besi + Karbon

Garam....



garam merupakan satu topik yang paling pelajar boring..
diorang kata susah sebab banyak yang kena hafal... bagi cikgu tak payah hafal.. asalkan ingat cukup laa. hahhahaaa.

sebenarnya bab garam ni tak lah panjang sangat..
ada 3 perkara penting jo..

1. macammana nak kenal garam
2. bagaimana nak tahu cara nak sediakan garam
3. bagaimana nak tahu jenis garam.



1. Kenal garam..
-garam nie ada 4 jenis je .. just ingat SuKa CloNi

garam Sulfat garam Karbonat garan Clorida garam Nitrat

lepas tu kena tau garam yang mana LARUT dan Tak LARUT


Garam Larut
  • semua Garam AmNaK
  • Semua Garam Nitrat
  • Semua Garam Clorida Kecuali PAM ( Potassiun, Agentum, Mercury
  • Semua Garam Sulfat kecuali BaCaP ( Barium, Calsium , Plumbum )

Garam Tak Larut
  • Semua Garam Karbonat kecuali AmNaK
  • PAM Klorida
  • SuBaCap ( Barium, Calsium dan Plumbum Sulfida)

so... selamat menghafal..
nanti cikgu sambung lain kaliek?

Jumaat, 12 November 2010

Chemistry Tips - SPM 2010 Focus

Chemistry Tips - SPM 2010 Focus

Chemeistry SPM Tips : Do focus on these topics. Hope it will help all of you in getting A+ in Chemistry

Isnin, 1 November 2010

Penggunaan Istilah/Perkataan Yang Tidak Tepat dalam menjawab soalan

Bil

Tidak Tepat

Sepatutnya

1

Mendakan perang

Enapan perang

2

Atom yang stabil

Atom mencapai susunan elektron oktet yang stabil

3

Konfigurasi elektron

Susunan elektron

4

Larutan jernih

Larutan tanpa warna

5

Ion iodida bertindak balas lengkap

Ion iodida habis bertindak balas//semua ion iodida bertindak balas lengkap

6

Tindak balas tidak berlaku(pemerhatian)

Tiada perubahan

7

Mempercepatkan kadar tindak balas

Kadar tindak balas bertambah/meningkat

8

Pembakaran dengan karbon

Pembakaran dengan oksigen

9

Magnesium lebih aktif daripada zink

Magnesium lebih reaktif daripada zink

10

SEK

Siri elektrokimia

11

Magnesium lebih reaktif daripada zink (siri elektrokimia)

Magnesium lebih elektropositif daripada zink.

12

Magnesium lebih elektropositif daripada zink.(siri kereaktifan)

Magnesium lebih reaktif daripada zink

13

Campurkan ammonia

Campurkan larutan ammonia

14

Larutan kalium permanganat

Larutan kalium manganat(VII) berasid

15

Polistirena dapat mencegah kehilangan haba

Polistirena mengurangkan kehilangan haba

16

Takat lebur ialah takat dimana pepejal berubah menjadi cecair

Takat lebur ialah suhu dimana pepejal berubah menjadi cecair

17

Bilangan elektron terluar

Bilangan elektron di petala luar/terluar

18

Fungsi titian garam ialah melengkapkan litar dan mengasingkan larutan

Fungsi titian garam ialah membenarkan ion melaluinya

19

Natrium menderma elektron

Atom natrium menderma satu elektron

20

Struktur elektron stabil

Susunan elektron octet

21

Elektron sudah penuh dipetala luar

Terdapat lapan elektron di petala luar

22

Tarikan nukleus ke atas petala luar

Tarikan nukleus ke atas elektron di petala luar

23

Saiz unsur bertambah

Saiz atom bertambah

24

Kadar tindak balas cepat

Kadar tindak balas tinggi/meningkat/bertambah

25

Kadar tindak balas perlahan

Kadar tindak balas rendah/berkurang

26

Saiz bahan yang kecil mempunyai luas permukaan yang besar

Saiz bahan yang kecil mempunyai jumlah luas permukaan yang besar

27

Bilangan zarah bertambah apabila kepekatan bertambah

Bilangan zarah per unit isipadu bertambah apabila kepekatan bertambah

28

Sebatian ion dapat mengalirkan arus elektrik

Sebatian ion dapat mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau akueus.

29

Jisim atom relatif sesuatu unsur berapa kali satu atom unsur itu lebih berat daripada hidrogen

Jisim atom relatif sesuatu unsur berapa kali satu atom unsur itu lebih berat daripada satu atom hidrogen

30

Hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen.

Hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen sahaja.

31

Nombor pengoksidaan ferum berubah

Nombor pengoksidaan ferum bertambah dari +2 ke +3

32

Daya tarikan sebatian ion kuat

Daya tarikan antara ion dalam sebatian kuat

33

Daya tarikan dalam molekul lemah

Daya tarikan antara molekul lemah

34

Polimer adalah bahan yang terdiri daripada monomer-monomer

Polimer adalah bahan yang terbentuk daripada penggabungan monomer-monomer

35

Warna kalium mangganat(VII)menjadi tanpa warna

Warna ungu larutan kalium mangganat(VII)menjadi tanpa warna

36

Atom natrium dan klorin terletak dalam kala yang sama kerana kedua-dua atom mempunyai tiga petala

Atom natrium dan klorin terletak dalam kala yang sama kerana kedua-dua atom mempunyai tiga petala berisi elektron

37

Sabun terdiri daripada bahagian hidrofilik dan hidrofobik.

Molekul sabun terdiri daripada bahagian hidrofilik dan hidrofobik.

38

Sabun merendahkan tegangan permukaan pakaian

Sabun merendahkan tegangan permukaan air

39

Zink karbonat berwarna kuning semasa panas dan putih semasa sejuk

Zink oksida berwarna kuning semasa panas dan putih semasa sejuk

40

Kuprum didiscas dikatod

Ion kuprum didiscas dikatod

+