alhamdulillah.... akhirnya beres juga segala kerja cikgu.
kelmarin dah beres semua urusan pemeriksaan kertas kimia..
rasa cam hilang semua beban setelah 2 minggu bertungkus lumus..
Rasa cam nak tercabut tangan...
otak pun cam tepu je...
tidur pun tak lena..
makan pun tak berapa nak lalu...( habis juga sepinggan... haaa...haaa)
so daripada sedikit pengalaman cikgu..
cikgu ingin berkongsi dengan pelajar beberapa perkara iaitu :
1. Pemeriksa nie adalah manusia biasa... jadi diorang mempunyai hati dan perasaan.. jadi cubalah ambil hati diorang supaya diorang dapat memeriksa kertas anda dengan baik dan gembira... macammana?
- @ Comel la sikit tulisan anda... jangan hudoh berdo'oh.. sakit kepala nak cari jawapan.. kena telan panadol baru ok.
- @ ayat tu tok soh dok belit sangat...nie bukan nak mengarang essei bahasa melayu. buat dalam bentuk point lagi senang..mudah nak bagi markah.. nie ayat panjang berjelor.. tapi point takdok starang... buat sakit hati jo...
- @ soalan pilihan .. kalau boleh... jawab yang terbaik .. jangan la dok jawab semua soalan.. membazir masa sahaja.. yang penting menyusahkan pemeriksa untuk memeriksa semua.. malas tau nak periksa.. cuba bayangkan diorang periksa kertasa anda dengan malas.. kena2 tulisan pula hudoh yang amat... alahai..
2. jangan kita ambil mudah menjawab soalan. kadang-kadang kita rasa boleh menjawab dengan baik tapi markah dapat rendah... mengapa?? mengikut skema jawapan.. jawapan kimia nie tak sama dengan subjek lain.. ia memerlukan ketelitian... walaupun kesalahan kecil tapi tidak mendapat markah.. antara kesalahan pelajar :
- @ Tidak meletakkan unit dengan betul.. ada sesetengah boleh diterima dan kebanyakkan dikira salah walaupun jawapan betul.. kesian kan?? buat penat jo kira jawapan.
- @ jawapan tak lengkap.. istilah kena hafal betul -betul walaupun perkataan itu nampak kecik jo...
contoh :
jawapan : Litium atom mendermakan satu elektron..
jawapan salah :
litium mendermakan satu elektron .... salah
litium atom mendermakan elektron .... salah
litium ion mendermakan satu elektron ..... salah
- @ memberikan jawapan lebih daripada yang diminta. walaupun jawapan yang pertama betul... tapi jawapan yang kedua salah... jawapan itu dikira salah.
# semakin banyak kita beri jawapan .. semakin banyak peluang untuk salah..
so... kalau minta satu jawapan... tulis satu jo lah...
ok lah... setakat itu dahulu yang boleh dikongsi...
selamat tahun baru...
semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun sebelum ini...
salam sir..
BalasPadamlagi 4 tahun lagi study ni
walaupun bukan blaja kimia lagi..
tapi suka baca blog kimia nie..heheh