KIMIA ITU MENARIK

Anda tetamu comel yang ke :

Tarikh islam

Memaparkan catatan dengan label fakta kimia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fakta kimia. Papar semua catatan

Ahad, 21 Februari 2010

Tindakbalas Pengaratan

Seorang pendaki sesat di Gunung Kinabalu. Tangan dan kakinya amat sejuk. Dia mengambil

pek kecil daripada sakunya, memecahkan, kemudian meletakkan satu pek dalam setiap but dan

mitennya(sarung tangannya). Dengan cepat tangan dan kakinya terasa panas.

Pek – pek itu mengandungi campuran serbuk ferum, karbon yang

diaktifkan, natrium klorida, NaCl, selulosa(dalam bentuk habuk

gergaji) dan zeolit yang dibasahi dengan sedikit air. Apabila

campuran ini didedahkan kepada udara,oksigen , O2, dalam udara

akan mengoksidakan campuran ferum. Pengaratan ferum berlaku

seperti yang berikut:

4Fe(p)+3O2(g) ----------- 2Fe2O3(p); H = -1652kJ

Tindakbalas ini dapat menghasilkan haba kira – kira 6 jam.

Negatif Foto


Filem fotografi mengandungi argentums bromide, AgBr.

Apabila didedahkan kepada cahaya, tindak balas redoks berlaku dengan

ion bromide, Br-, memindahkan satu elektron kepada ion argentums, Ag+,

untuk membentuk logam argentums. Ini menghasilkan kawasan gelap pada negatif gambar foto.




Minyak sawit


Minyak sawit mula-mula digunakan pada zaman pemerintahan Firaun di Mesir,

iaitu lebih daripada 5000 tahun dahulu.

Asid Butanoik


Bau asid butanoik, C3H7COOH adalah seperti bau mentega yang tengik.

Perkataan butter atau mentega berasal daripada perkataan Latin butyrum.

Lemak dan minyak yang tulen adalah tak berwarna, tak berbau dan hambar rasanya. Warna,

rasa dan bau yang mencirikan sesuatu lemak atau minyak disebabkan oleh bendasing. Sebagai

contohnya, warna kuning mentega disebabkan oleh beta-karotena manakala rasa mentega

disebabkan oleh kehadiran sebatian 3-hidroksi-2-butanon dan diasetil yang dihasilkan oleh

proses memeram krim.


Ahad, 3 Januari 2010

Aspirin


Aspirin atau asetilsalisilik ialah ester yang terhasil daripada tindak balas pengesteran antara asid salisilik dan asid etanoik, CH3COOH.

asid formik


Nama lain bagi asid metanoik, HCOOH ialah asid formik.

Asid formik mula-mula diperoleh daripada penyulingan semut!

Formik ialah perkataan Latin yang bermakna semut.

gliserol


Gliserol ialah sejenis alkohol triol. Gliserol digunakan dalam losen kulit dan barangan komestik sebagai agen pelembap. Ini kerana gliserol berupaya menyerap dan menyimpan air.

Ahad, 15 November 2009

Etanol


Etanol, C2H5OH yang dibuat secara industri adalah serupa dengan etanol, C2H5OH yang dihasilkan melalui proses panapaian. Etanol, C2H5OH yang dibuat secara industri adalah lebih murah tetapi undang-undang melarangnya daripada digunakan sebagai minuman kerana tidak dikenakan cukai eksais. Oleh itu, bahan beracun ditambahkan padanya untuk menghalang orang daripada meminumnya. Etanol, C2H5OH ini disebut Alkohol ternyahasli atau denatured alcohol. Etanol, C2H5OH ternyahasli ini digunakan di dalam makmal dan tidak seharusnya diminum

Minum 500 cm³ etanol, C2H5OH tulen boleh menyebabkan kematian. Jika seseorang terminum 2 sudu besar atau 30 cm³ methanol, CH3OH dia mungkin akan menjadi buta


vITAMIN A


Dalam badan kita, vitamin A ditukarkan menjadi trans-retinena. Trans-retinena berupaya menyerap cahaya dan diubah menjadi cis-retinena. Proses ini berlaku di dalam retina mata dan memainkan peranan dalam penglihatan kita.

ALKENA


Karotena, C40H56 ialah sejenis alkena yang disebut diena.

Warna merah, jingga dan kuning pada buah tembikai, tomato dan lobak

merah disebabkan ole kehadiran karotena.

Butadiena, H2C=CH—CH=CH2 boleh dijumpai dalam kopi. Kulit limau nipis mengandungi okt-1-ena, C8H16.

Sabtu, 14 November 2009

Kadar tindakbalas


  • Perjalanan balik ke kampung sejauh 240 km dengan menaiki bas mengambil masa 3 jam. Laju purata bas sebanyak 80 km j¹ boleh dianalogikan dengan kadar tindak balas purata. Laju bas pada satu-satu ketika pula dianalogikan dengan kadar tindak balas pada masa tertentu. Ini ditunjukkan oleh meter laju di dalam bas.

  • Kadar tindak balas dapat ditingkatkan dengan menggunakan saiz bahan tindak balas yang lebih kecil. Saiz bahan tindak balas dapat dikecilkan sehingga tahap satu zarah supaya peningkatan maksimum dalam kadar tindak balas dapat diperoleh. Ini dapat dilaksanakan dengan melarutkan bahan tindak balas dalam air atau pelarut lain yang sesuai.