KIMIA ITU MENARIK

Anda tetamu comel yang ke :

Tarikh islam

Ahad, 21 Februari 2010

Tindakbalas Pengaratan

Seorang pendaki sesat di Gunung Kinabalu. Tangan dan kakinya amat sejuk. Dia mengambil

pek kecil daripada sakunya, memecahkan, kemudian meletakkan satu pek dalam setiap but dan

mitennya(sarung tangannya). Dengan cepat tangan dan kakinya terasa panas.

Pek – pek itu mengandungi campuran serbuk ferum, karbon yang

diaktifkan, natrium klorida, NaCl, selulosa(dalam bentuk habuk

gergaji) dan zeolit yang dibasahi dengan sedikit air. Apabila

campuran ini didedahkan kepada udara,oksigen , O2, dalam udara

akan mengoksidakan campuran ferum. Pengaratan ferum berlaku

seperti yang berikut:

4Fe(p)+3O2(g) ----------- 2Fe2O3(p); H = -1652kJ

Tindakbalas ini dapat menghasilkan haba kira – kira 6 jam.

Negatif Foto


Filem fotografi mengandungi argentums bromide, AgBr.

Apabila didedahkan kepada cahaya, tindak balas redoks berlaku dengan

ion bromide, Br-, memindahkan satu elektron kepada ion argentums, Ag+,

untuk membentuk logam argentums. Ini menghasilkan kawasan gelap pada negatif gambar foto.




Minyak sawit


Minyak sawit mula-mula digunakan pada zaman pemerintahan Firaun di Mesir,

iaitu lebih daripada 5000 tahun dahulu.

Asid Butanoik


Bau asid butanoik, C3H7COOH adalah seperti bau mentega yang tengik.

Perkataan butter atau mentega berasal daripada perkataan Latin butyrum.

Lemak dan minyak yang tulen adalah tak berwarna, tak berbau dan hambar rasanya. Warna,

rasa dan bau yang mencirikan sesuatu lemak atau minyak disebabkan oleh bendasing. Sebagai

contohnya, warna kuning mentega disebabkan oleh beta-karotena manakala rasa mentega

disebabkan oleh kehadiran sebatian 3-hidroksi-2-butanon dan diasetil yang dihasilkan oleh

proses memeram krim.


TOV dah selesai...

lama dah rasanya tak update blog nie..
semalam aku dah hantar markah periksa TOV... alhamdulillah siap gak akhirnya..
malas betul nak perekso kertas sekarang..

alhamdulillah.. result tak laa teruk sangat..
tapi ade gak fail .. 4 orang and yang paling tak puas hati.. masih ade yang meniru..
tak serik-serik... ari tu dah beleber panjang dah.. tak tau la nak royak gano..
tak tau bahasa atau tak reti baso...

takpo..takpo....ALLAH bersama2 orang yang sabar!!

tapi alhamdulillah... leh rilek ari nie..
kerja dah beres!!

Rabu, 13 Januari 2010

Kegunaan Asid Sulfurik..

subjek kimia nie ada banyak juga yang perlu dihafal...
jadi kita kena pelbagaikan teknik menghafal supaya kita tidak lupa.
kena aktifkan otak kanan dan kiri kita..



Asid sulfurik adalah bahan yang penting dalam industri. Banyak kegunaan asid Sulfurik . antaranya ialah :

1.  membuat POLIMER
2.  sebagai ELEKTROLIT dalam akumulator asid-plumbum
3. Sebagai PIGMEN CAT
4.  sebagai agen penanggal oksida logam dalam PEMBERSIHAN permukaan LOGAM sebelum proses penyaduran logam
5.  Membuat DETERGEN
6.  membuat BAJA
7. Membuat PESTISID

Untuk mudah hafal... kita ambil perkataan penting seperti yang saya taip dalam huruyf besar..
untuk mudah ingat lagi kita bolehlah mencipta ayat2 yang menarik dari perkataan lagi..


POLIs       ELak     PIG   BER Loga     DEngan   BAJA      PESTISID

Sabtu, 9 Januari 2010

Proses Haber

Proses Haber
- proses untuk menghasilkan ammonia ,NH3
Ammonia terdapat di atmosfera dalam kuantiti yang kecil akibat pereputan bahan organik. Ammonia juga dijumpai di dalam tanah, dan di tempat berdekatan dengan gunung berapi. Oleh itu, ammonia juga terdapat di planet dan satelitsemulajadi planet lain.

tetapi jumlah ammonia tak banyak.. jadi kita kena buat sendiri dalam industri.

Cara pembuatan Ammonia

Secara ringkas nya...

1. ambil gas Nitrogen
2. ambil gas Hidrogen
3. mampat!!

NITROGEN + HIDROGEN ------ MAMPAT

secara terperinci nanti cikgu terang lain kali..ek??