KIMIA ITU MENARIK

Anda tetamu comel yang ke :

Tarikh islam

Rabu, 21 April 2010

ringkasan Kumpulan Homolog


Sebatian carbon
1. Pembakaran lengkap sebatian organic dalam oksigen berlebihan menghasilkan karbon dioksida,CO2 dan air
2. Hidrokarbon ialah sebatian organic yang mengandungi unsure karbon dan hydrogen sahaja.

  Isomerism
 1.   Isomerisme ialah fenomena di mana dua atau lebih molekul mempunyai jenis dan bilangan atom yang sama tetapi susunan atom yang berbeza.
2.       Isomer-isomer ialah dua atau lebih molekul yang mempunyai  formula molekul yang sama tetapi formula struktur yang berbeza.     
              
   Alkana
1.Alkana ialah suatu siri homolog bagi hidrokarbon tepu dengan formula am CnH2n+2dengan n = 1,2,3,4…..
2. sifat fizik alkana seperti takat lebur, takat didih dan ketumpatan adalah rendahtetapi semakin meningkat secara beransur-ansur apabila bilangan atom  karbon per molekul semakin meningkat.
3. Alkana terbakar dalam udara berlebihan menghasilkan karbon dioksida,CO2 dan air
4.Alkana menjadi tindak balas penukargantian dengan klorin atau bromine dengan kehadiran cahaya matahari atau cahaya ultralembayung


    Alkena
1.alkena ialah suatu siri homolog bagi hidrokarbon tak tepu dengan formula am C nH2ndengan n=2,3,4,….
2. Sifat fizik alkena seperti takat lebur,takat didih dan ketumpatan adalah rendahtetapui semakin meningkat secara beransur-ansur apabila bilangan atom karbon per molekul semakin meningkat.
3. Alkena terbakar dalam udara berlebihan menghasilkan karbon dioksida, CO2 dan air
4. Alkena menjalani  tindak balas penambahan dengan bromine,klorin,kalium manganat(VII) berasid,hydrogen,hydrogen halida dan air serta  mengalami tindak balas pempolimeran.
5.Alkena menyahwarnakan  warna ungu kalium manganat(vii) berasid manakala alkana tidak bertindak balas dengan kedua dua reagen itu.
   
    Alcohol
     1.Alkohol ialah suatu siri homolog dengan formula am CnH2n+1COOH di mana nilai n=1,2,3,……
     2.Ethanol disediakan melalui
·         Penapisan karbohidrat oleh yis
·         Tindak balas etena dengan stim
3.       Alkohol terbakar dengan lengkap dalam udara berlebihan menghasilkan karbon dioksida CO2 air dan haba.
4.       Pengoksidaan alcohol menghasilkan asid karboksilik  yang sepadan
5.       Pendehidratan alcohol menghasilkan alkena yang sepadan dan air


Asid karboksilik  
1.       Asid karbosilik ialah suatu siri homolog dengan formula am CnH2n+1COOH di mana n=1,2……
2.       Asid karbosilik bersifat asid dalam air, maka dapat bertindak balas dengan besw, karbonat logam, dan logam reaktif untuk membentuk garam.
3.       Asid karbosilik bertindak balas dengan alcohol dengan kehadiran mankin asi sulfurik  pekat dalam keadaan panas untuk menghasilkan ester dan air. Tindak balas ini digelar pengesteran


Ester
1.       Ester ialah suatu siri homolog dengan formula am 
                                                           CnH2n+1COOmH2m+1=0,1,2,3,……. 
                                                                Dan m= 1,2,3…..
2.       Ester ringkas berbau wangi tetapi ester kompleks kurang berbau.
3.       Ester digunakan sebagai perisa, bahan pengawet dan pelarut organic.
4.       Ester tidak larut dalam air kecuali metal metanoat dan kurang tumpat daripada air.

sebatian karbon

hari nie cikgu nak bincang tentang sebatian karbon..
malas nak focus semua.. cekgu just nak kongsi tentang pernamaan je..

untuk penamaan..
apa yang paling penting sekali kita kena tau asanya..
kena hafal laaa..
pendek jo..

nie namanya imbuhan.. hafal

Bilangan Atom Karbon
            Awalan
                1              Met                        
                2              Et                  
                3              Prop
                4              But
                5              Pent
                6              Hesk
                7              Hept
                8              Okt
                9              Non
                10            Dek



nie kena hafal gak..

KUMpulan alkil

Bilangan atom karbon pada rantai sisi
Formula bagi rantai sisi (kumpulan alkil)
Nama rantai sisi
                        1
                  -CH3
            metil
                        2
                  -C2H5
            etil
                        3
                  -C3H7
            propil
                        4
                  -C4H9
            butil
                        5
                  -C5H11
            pentil



dan yang ter akhir ..
kumpulan berfungsi ...

Siri homolog
Fomula am
Kumpulan berfungsi
                   Alkena
CnH2n,
n=2,3,4….
Ikatan dubel,
         -c=c-

                   Alkohol
CnH2n+1OH,
n=0,1,2….
Kumpulan hidroksil,
-OH
                   Asid karbosilik
CnH2n+1COOH,
n=0,1,2….
Kumpulan karbosil,
-C-OH
  II
  O
                   Ester
CnH2n+1COOCmH2m+1,
n=0,1,2….
m=1,2,3……
Kumpulan karbosilat,
-C-O
  II
  O



so hafal dulu.. nanti kita bincang penamaan satu persatu..





Ahad, 21 Februari 2010

Tindakbalas Pengaratan

Seorang pendaki sesat di Gunung Kinabalu. Tangan dan kakinya amat sejuk. Dia mengambil

pek kecil daripada sakunya, memecahkan, kemudian meletakkan satu pek dalam setiap but dan

mitennya(sarung tangannya). Dengan cepat tangan dan kakinya terasa panas.

Pek – pek itu mengandungi campuran serbuk ferum, karbon yang

diaktifkan, natrium klorida, NaCl, selulosa(dalam bentuk habuk

gergaji) dan zeolit yang dibasahi dengan sedikit air. Apabila

campuran ini didedahkan kepada udara,oksigen , O2, dalam udara

akan mengoksidakan campuran ferum. Pengaratan ferum berlaku

seperti yang berikut:

4Fe(p)+3O2(g) ----------- 2Fe2O3(p); H = -1652kJ

Tindakbalas ini dapat menghasilkan haba kira – kira 6 jam.

Negatif Foto


Filem fotografi mengandungi argentums bromide, AgBr.

Apabila didedahkan kepada cahaya, tindak balas redoks berlaku dengan

ion bromide, Br-, memindahkan satu elektron kepada ion argentums, Ag+,

untuk membentuk logam argentums. Ini menghasilkan kawasan gelap pada negatif gambar foto.




Minyak sawit


Minyak sawit mula-mula digunakan pada zaman pemerintahan Firaun di Mesir,

iaitu lebih daripada 5000 tahun dahulu.

Asid Butanoik


Bau asid butanoik, C3H7COOH adalah seperti bau mentega yang tengik.

Perkataan butter atau mentega berasal daripada perkataan Latin butyrum.

Lemak dan minyak yang tulen adalah tak berwarna, tak berbau dan hambar rasanya. Warna,

rasa dan bau yang mencirikan sesuatu lemak atau minyak disebabkan oleh bendasing. Sebagai

contohnya, warna kuning mentega disebabkan oleh beta-karotena manakala rasa mentega

disebabkan oleh kehadiran sebatian 3-hidroksi-2-butanon dan diasetil yang dihasilkan oleh

proses memeram krim.


TOV dah selesai...

lama dah rasanya tak update blog nie..
semalam aku dah hantar markah periksa TOV... alhamdulillah siap gak akhirnya..
malas betul nak perekso kertas sekarang..

alhamdulillah.. result tak laa teruk sangat..
tapi ade gak fail .. 4 orang and yang paling tak puas hati.. masih ade yang meniru..
tak serik-serik... ari tu dah beleber panjang dah.. tak tau la nak royak gano..
tak tau bahasa atau tak reti baso...

takpo..takpo....ALLAH bersama2 orang yang sabar!!

tapi alhamdulillah... leh rilek ari nie..
kerja dah beres!!