Mol , bilangan zarah, isipadu molar dan jisim
Hok perlu diingat@ tahu :
1. Bil mol = jisim/Molar mass
2. 1 mol = 6.02 x 1023mol-1
3. 1 mol = 22.4 dm3 STP
= 24 dm3 RT
4. Bagaimana nak cari Molar mass
Langkah penyelesaian :
1. Tulis maklumat yang diberikan
- Apa yang dia beri (AYDB)
- Apa yang Dia Nak (AYDN)
2. Tukar AYDB kepada bil mol.
3. Tukarkan mol kepada AYDN
Contoh soalan
Apakah isipadu bagi 24 gas metana CH4 pada STP
(JAR ; H = 1; C=12;)isipadu molar gas = 22.4dm3mol-1 pada STP
Langkah 1:
Mass = 24g Volume = ?
Langkah 2
Tulis formula yang berkaitan
| Camna nak cari molar mass ? Cth : CH4 = 12+ 4(1 ) = 16 | 
Mol = mass/molar mass
= 24g/(12+4)
= 24g/16
= 1.5 mol
Langkah 3
Tulis formula yang berkaitan( dia nak apo? Isipadu kan? So
Tulis formula berkaitan isipadu
| Kamu nak hafal terus pun ok gak. Tapi saya lebih suka guna kaedah darab silang supaya tidak bertukar samaada nak darab atau bahagi | 
1 mol = 22.4 dm3mol-1
1.5 mol = x
X x 1mol = 1.5 mol x 22.4 dm3mol-1
X = 33.6 dm3
Ok kita cuba soalan yang susah sikit…
Contoh 2
Berapakah bilangan ion aluminium yang hadir dalam 20.4 g aluminium oksida, Al203?
(JAR : 0:16 , Al : 27)
Mass = 20.4g
Bilangan Zarah ion Al = ?
    Camna nak cari molar mass ? Al203  = 2(27) + 3(1 6)             = 102
Mol = mass/molar mass
= 20.4g/102
= 0.2 mol
1 mol = 6.02 x 1023mol-1
0.2 mol = X
X = 0.2 mol x 6.02 x 1023mol-1
X = 1.204 X 1023
Bil zarah Al203 = 1.204 X 1023
Setiap unit Al203 ada 2 unit Al
So ..
Mol Al X 2
1.204 X 1023 X 2
= 2.408 X 1023 Ion Aluminium
JADI… MUDAH KAN? TAK LA SUSAH MANA..
KALAU TOK LEH BUAT JUGAK GAK…. TAK TAU LAA
wasalam…..

 
 
 
