KIMIA ITU MENARIK

Anda tetamu comel yang ke :

Tarikh islam

Sabtu, 13 November 2010

Aloi...

Aloi - campuran logam untuk membentuk logam baru yang lebih baik, cantik dan tahan lasak

aloi dan kegunaanya.



9901 Yang KuZi
- loyang = Kuprum + Zink


Gang KuTi
- Gangsa = Kuprum + Timah

Ter TiKu
- Pewter = Timah + Kuprum



Dur AluMag -
Duralumin = Aluminium + Magnesium





9901 Stee BeKa -
Steel = Besi + Karbon


7408 StanStee Be Ka -
StanlessSteel = Besi + Karbon

Garam....



garam merupakan satu topik yang paling pelajar boring..
diorang kata susah sebab banyak yang kena hafal... bagi cikgu tak payah hafal.. asalkan ingat cukup laa. hahhahaaa.

sebenarnya bab garam ni tak lah panjang sangat..
ada 3 perkara penting jo..

1. macammana nak kenal garam
2. bagaimana nak tahu cara nak sediakan garam
3. bagaimana nak tahu jenis garam.



1. Kenal garam..
-garam nie ada 4 jenis je .. just ingat SuKa CloNi

garam Sulfat garam Karbonat garan Clorida garam Nitrat

lepas tu kena tau garam yang mana LARUT dan Tak LARUT


Garam Larut
  • semua Garam AmNaK
  • Semua Garam Nitrat
  • Semua Garam Clorida Kecuali PAM ( Potassiun, Agentum, Mercury
  • Semua Garam Sulfat kecuali BaCaP ( Barium, Calsium , Plumbum )

Garam Tak Larut
  • Semua Garam Karbonat kecuali AmNaK
  • PAM Klorida
  • SuBaCap ( Barium, Calsium dan Plumbum Sulfida)

so... selamat menghafal..
nanti cikgu sambung lain kaliek?

Jumaat, 12 November 2010

Chemistry Tips - SPM 2010 Focus

Chemistry Tips - SPM 2010 Focus

Chemeistry SPM Tips : Do focus on these topics. Hope it will help all of you in getting A+ in Chemistry

Isnin, 1 November 2010

Penggunaan Istilah/Perkataan Yang Tidak Tepat dalam menjawab soalan

Bil

Tidak Tepat

Sepatutnya

1

Mendakan perang

Enapan perang

2

Atom yang stabil

Atom mencapai susunan elektron oktet yang stabil

3

Konfigurasi elektron

Susunan elektron

4

Larutan jernih

Larutan tanpa warna

5

Ion iodida bertindak balas lengkap

Ion iodida habis bertindak balas//semua ion iodida bertindak balas lengkap

6

Tindak balas tidak berlaku(pemerhatian)

Tiada perubahan

7

Mempercepatkan kadar tindak balas

Kadar tindak balas bertambah/meningkat

8

Pembakaran dengan karbon

Pembakaran dengan oksigen

9

Magnesium lebih aktif daripada zink

Magnesium lebih reaktif daripada zink

10

SEK

Siri elektrokimia

11

Magnesium lebih reaktif daripada zink (siri elektrokimia)

Magnesium lebih elektropositif daripada zink.

12

Magnesium lebih elektropositif daripada zink.(siri kereaktifan)

Magnesium lebih reaktif daripada zink

13

Campurkan ammonia

Campurkan larutan ammonia

14

Larutan kalium permanganat

Larutan kalium manganat(VII) berasid

15

Polistirena dapat mencegah kehilangan haba

Polistirena mengurangkan kehilangan haba

16

Takat lebur ialah takat dimana pepejal berubah menjadi cecair

Takat lebur ialah suhu dimana pepejal berubah menjadi cecair

17

Bilangan elektron terluar

Bilangan elektron di petala luar/terluar

18

Fungsi titian garam ialah melengkapkan litar dan mengasingkan larutan

Fungsi titian garam ialah membenarkan ion melaluinya

19

Natrium menderma elektron

Atom natrium menderma satu elektron

20

Struktur elektron stabil

Susunan elektron octet

21

Elektron sudah penuh dipetala luar

Terdapat lapan elektron di petala luar

22

Tarikan nukleus ke atas petala luar

Tarikan nukleus ke atas elektron di petala luar

23

Saiz unsur bertambah

Saiz atom bertambah

24

Kadar tindak balas cepat

Kadar tindak balas tinggi/meningkat/bertambah

25

Kadar tindak balas perlahan

Kadar tindak balas rendah/berkurang

26

Saiz bahan yang kecil mempunyai luas permukaan yang besar

Saiz bahan yang kecil mempunyai jumlah luas permukaan yang besar

27

Bilangan zarah bertambah apabila kepekatan bertambah

Bilangan zarah per unit isipadu bertambah apabila kepekatan bertambah

28

Sebatian ion dapat mengalirkan arus elektrik

Sebatian ion dapat mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau akueus.

29

Jisim atom relatif sesuatu unsur berapa kali satu atom unsur itu lebih berat daripada hidrogen

Jisim atom relatif sesuatu unsur berapa kali satu atom unsur itu lebih berat daripada satu atom hidrogen

30

Hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen.

Hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen sahaja.

31

Nombor pengoksidaan ferum berubah

Nombor pengoksidaan ferum bertambah dari +2 ke +3

32

Daya tarikan sebatian ion kuat

Daya tarikan antara ion dalam sebatian kuat

33

Daya tarikan dalam molekul lemah

Daya tarikan antara molekul lemah

34

Polimer adalah bahan yang terdiri daripada monomer-monomer

Polimer adalah bahan yang terbentuk daripada penggabungan monomer-monomer

35

Warna kalium mangganat(VII)menjadi tanpa warna

Warna ungu larutan kalium mangganat(VII)menjadi tanpa warna

36

Atom natrium dan klorin terletak dalam kala yang sama kerana kedua-dua atom mempunyai tiga petala

Atom natrium dan klorin terletak dalam kala yang sama kerana kedua-dua atom mempunyai tiga petala berisi elektron

37

Sabun terdiri daripada bahagian hidrofilik dan hidrofobik.

Molekul sabun terdiri daripada bahagian hidrofilik dan hidrofobik.

38

Sabun merendahkan tegangan permukaan pakaian

Sabun merendahkan tegangan permukaan air

39

Zink karbonat berwarna kuning semasa panas dan putih semasa sejuk

Zink oksida berwarna kuning semasa panas dan putih semasa sejuk

40

Kuprum didiscas dikatod

Ion kuprum didiscas dikatod

+

Isnin, 25 Oktober 2010

Selasa, 19 Oktober 2010

Perbezaan SEK DAN SKL

aDA Cikgu kata kalau nak cemerlang kimia kena tahu Sek? kena faham Sek? ye ko?
sebab seks nie penting dalam kimia..
kalau tak reti seK.. tok leh jawablah soalan elektrolisis, tbls dan sebagainya..

So.....Siri Elektro Kimia( SEK) nie kena Hafal.... tapi jangan bertukar dengan Siri Kereaktifan Logam SKL pulok.. apa beza SEk dengan SKL?


Siri Elektro Kimia

K - Kalau
Na - Nak
Ca - Kahwin
Mg - Mesti
Al - Ambil
Zn - Zat
Fe - Ferum
Sn - Supaya
Pb - Perkahwinan
H - Hendaknya
Cu - Kekal
Hg - Hingga
Ag - Akhir
Au - Adanya


Siri Kereaktifan Logam

K - Kalau
Na - Nak
Ca - Kahwin
Mg - Mesti
Al - Ambil
C - Cukup
Zn - Zat
H - Highest
Fe - Ferum
Sn - Supaya
Pb - Perkahwinan

Cu - Kekal
Hg - Hingga
Ag - Akhir
Au - Adanya

Analisis soalan trial kertas 3 mengikut negeri..

format sebenar kertas 3 nie tak tau laa. berubah mengikut keadaan. ada state yang buat 2 soalan dan ada juga buat 3 soalan.


States
Question 1
Question 2
Question 3
SBP
Reactivity of alkali metals towards oxygenEffect of metals on iron rustingEffect of size of zinc on the rate of reaction
Terengganu
Heat of combustion of various alcoholsReactivity of alkali metals towards oxygenEffect of catalyst on the rate of decomposition of hydrogen peroxide
Kedah
Reactivity of alkali metals with oxygenEffect of quantity of catalyst on the rate of decomposition of hydrogen peroxideEffect of metals on the rusting of iron
Perak
End-point of titration
-
Effect of temperature on the rate of reaction
Johor
Effect of other metals on rusting of iron
-
Effect of catalyst on the rate of reaction
Perlis
Construct electrochemical series based on the potential difference of pairs of metals
-
Effect of concentration/catalyst on the rate of reaction between an acid & metal
Kelantan
Heat of combustion of various alcohols
-
Effect of the type of electrode on the product of electrolysis at anode
Kuala Lumpur
Heat of displacement of copper by different metals
-
determine the position of carbon in the reactivity series based on its ability to reduce metal oxides
Pahang
Heat of combustion of alchols
-
Effect of catalyst on the rate of decomposition of hydrogen peroxide
Mallaca
Relationship between concentration of nitric acid and its pH value
-
Investigate the difference in electrical conductivity between an ionic compound and a covalent compound
Selangor
Effect of metal on rusting of iron
-
Effect of temperature on the rate of reaction

nie saya copy dari http://chem2u.blogspot.com

soalan Hot spm 2010..

semalam ada perjumpaan guru2 kimia daerah Dungun.. adala bincang sikit camna nak tingkatkan subjek kimia, permasalahan dan soalan2 yang terhangat dipasaran. Fesi kato soalan spot takdok laa.. lagipun malas nak spot-spot nie.. tak masuk kan marah ko orang..
tapi walaubagaimanapun ada laa soalan2 yang terhangat dipasaran yang kita perlu lebihkan bagi tumpuan berdasarkan analisis dan pengalaman orang2 lama kimia terengganu ( taiko kimia laa)

antaranya bagilah penekanan sikit kepada tajuk2 nie ...\


kertas 2
  • rate of reaction - faktor2 yang mempengaruhi rate of reaction. fokuskan kepada faktor Size dan catalyze( mangkin)
  • Polimer ( lama dah tak keluar)
  • proses SEntuh dan Heaber
  • heating of Combusion ( banyak jugak negeri2 target soalan nie antaranya terengganu n negeri 9)
  • tbls Redoks Rusting- soalan eksperimen ( trial terengganu)
  • Pemindahan elektron dalam satu jarak Eksperimen
  • asid and base - proses penitratan dan peranan air dalam tbls
  • Sebatian kovalen lama dah tak keluar

paper 3

  • reaction bagi group 1 dengan oksigen
  • garam( soalan famous laa nie.. keluar sokmo) fokuskan kepada ( Kesan haba ke atas garam, cara penyediaan garam dan ujian kation dan anion)
  • Sabun - keberkesanan sabun dalam air liat dan air lembut
insyallah kalau berkerajinan saya akan bagilaa contoh2 soalan yang diatas.. ingat.. nie bukan soalan spot.. soalan panas jo!! selamat membaca

Ahad, 17 Oktober 2010

sOALAN PERsAMAAN kIMIA

Persamaan kimia adalah satu bab yang mesti dikuasai oleh semua pelajar kimia
- bagaimana nak buat,
- bagaimana nak balance
- bagaimana nak buat pengiraan.

persamaan kimia nie boleh keluar dalam banyak topik..
Dibawah nie adalah contoh-contoh persamaan kimia. dari pelbagai topik.
kalau anda dapat jawab semua dengan betul insyallah boleh laa buat persamaan kimia.. tapi bab pengiraan dok bincang lagi tu... pengiraan.. boleh lihat post cikgu yang terdahulu.


1) Reaction between magnesium and oxygen.

2) Reaction between sodium oxide and water.

3) Reaction between zinc and dilute hydrochloric acid.

4) Reaction between potassium hydroxide and dilute nitric acid. ·

5) Reaction between copper (lI) carbonate and dilute sulphuric acid.

6) Reaction between zinc and copper (II) sulphate solution.

7 Reaction between sodium and water.

8 Reaction between copper(II) oxide and hydrogen gas.

9 Reaction between hydrogen and oxygen.

10 Reaction between ammonia and hydrogen chloride.

11 Carbon dioxide is flowed through lime water.

12 Lead(II) carbonate is being heated.

13 Zinc Nitrate is being heated.

14 Sodium nitrate is being heated.

15 Reaction between sulphur dioxide and water.

16 Carbon dioxide reacts with water.

17 Reaction between |ead (II) nitrate solution and sodium chloride solution.

18 Ionizations of hydrogen chloride gas in water.

19 The decomposition of hydrogen peroxide with the presence of manganese (lV) oxide as a catalyst.

20 The decomposition of potassium chlorate (V) by heat with the presence of copper(II) oxide as a catalyst.

simbol Atom



soalan berkaitan jadual berkala merupakan soalan yang sentiasa keluar dalam setiap exam..
cuma berbeza format je. tapi konsep asasnya tetap sama. jadi jika kita dapat memahami dan mentafsirkan simbol atom dengan betul, insyallah kita akan dapat menjawab soalan ini dengan baik..

sebenarnya banyak Iagi yang kita boleh dapat...
Neutron Number = Nucleon No. - Proton No
= 23 - 11
= 1 2

elektron Number = 1 1 (sama dengan proton number)
Susunan Elektron = 2.8.1

elektron valens = 1

kumpulan = 1
Kala = 3 ( 3 petala terisi elektron)


gambarajah susunan elektron



Atom x apabila bergabung dengan kumpulan bukan
Iogam ( kumpulan 1 7 dan 16) akan membentuk = SEBATIAN IONIK


Sifat fizik dan sifat kimia X adalah sama dengan sifat
Iogam kumpulan 1 sebab X berada di kumpulan 1

sifat Fizik :
- boleh mengalirkan arus elektrik
- takat Iebur dan takat didih rendah berbanding Iogam Iain
- mempunyai ketumpatan yang rendah
- pepejal kelabu dengan permukaan berkilau



Sabtu, 16 Oktober 2010

sifat kimia dan sifat fizik


Malam kimia kita mesti dapat bezakan antara sifat kimia dengan sifat fizik.. ini adalah salahsatu perkara penting dalam kimia.
biasanya soalan yang biasa di tanya ialah '' nyata sifat kimia / fizik sebatian yang terbentuk? "


perbezaan sifat fizik dan kimia.. cikgu copy jo laaa malas nak type.





warna2 bagi sebatian dan ion.

mengetahui warna2 setiap sebatin, ion dan halogen adalah penting untuk kita jawab
pemerhatian bagi setiap eksperimen. sebaik-bainya kita hafallah warna2 nie yaaa..



Sebatian

CuCO3 = Hijau
CuCl2 = Hijau
CuO = Hitam
ZnO = Kuning ( Panas ) dan Putih ( Sejuk )

PbO = Perang ( Panas ) dan Kuning ( Sejuk )
PbI2 = Kuning

Ion-ion

Cu 2+ = Biru ( kecuali CuCO3 dan CuCl2 )
Ni 2+ = Hijau
Cr 3+ = Hijau
Fe 2+ = Hijau
Fe 3+ = Kuning/ Kuning Keperangan/perang
CrO4 - = Kuning
Cr2O72- = Orange
MnO4 - = Unggu


Halogen

Cl2 (Gas) = kuning kehijauan
Cl2 ( aq) = Kuning
Br2 ( g/l/aq) = Perang/oren
I2 (g) = Unggu
I2 (s) = hitam
I2 ( aq) = kuning/Kuning keperangan/ Perang ( bergantung kepada kepekatan )



* sorilaa formula ion kurang betul.. payah nak ejust dalam blog nie!!!

Khamis, 30 September 2010

Jadual peperiksaan SPM 2010


sapo yang berkenan boleh download di sini

yang penting....
peperiksaan kimia seperti berikut:

ingat 6 dis 2010


semoga anak2 murid ku berjaya menjawab dengan tenang!!

soalan ramalan kertas 2

nie antara yang dijangka keluar...
ambik dari CH ’ NG TUITION
keluar atau tidak... wallahuaklam...


Chemistry
[PAPER 2]
SECTION A
1. Empirical formula. (precaution, draw apparatus, observation, calculation).
2. Periodic table.
3. Carbon compound. (alkane, alkane, alcohol.)
4. Salt
5. Redox and electrolysis. (define term)
6. Soap and detergent (how to make soap, adv, disadvantage.)
7. Contact & Haber process.
8. Thermochemistry


SECTION B
1. How to make soluble / insoluble salt. (Identity anion / cation.)
2. Rate of reaction. (catalyst, surface area, concentration.)
3. Bond (ionic , covalent)
4. Combination of (alloy ,glass, polymer) or Rubber (polymer & vulcanisation)

Isnin, 23 Ogos 2010

selamat menghadapi TRial spm 2010


selamat menduduki peperiksaan trial spm 2010 kepada pelajar2 SMKDM...

17 ogos 2010 - 2 september 2010




jawab molek2.. jange meniru
tapi kesian jugak... jadual terlalu padat. direct dari jam 7.50 - 1.10 tgh setiap hari...
pening2..

Jumaat, 20 Ogos 2010

Chemistry SPM Paper 3 Question Analysis from 2003 ...


chem2U: Chemistry SPM Paper 3 Question Analysis from 2003 ...: "Year Structure Question Planning an Experiment 2009 1 Effect of type of electrode on the electrolysis of aqueous solution 2 Rate o..."



terima kasih.........

Ahad, 25 April 2010

PENAMAAN ISOMER ALKENA


PENAMAAN ISOMER ALKENA

Langkah-langkah berikut digunakan untuk menamakan isomer ini.

Langkah 1:
Pilih rantai karbon terpanjang yang mempunyai ikatan ganda
dua sebagai ikatan alkena induk.
C - C - C = C
l
C
Betul : 5 atom karbon
Langkah 2 :
a)Tentukan kedudukan ikatan ganda dua
b)Nomborkan atom karbon bermula dari hujung rantai yang akan
memberi nombor terkecil bagi atom karbon yang
mengandungi ikatan ganda dua.



Langkah 3 : Nyatakan bilangan dan kedudukan kumpulan alkil.Pada
kedudukan terdapat kumpulan metil.
Langkah 4 : berikan nama alkena. tu jee... mudah kan?

CONTOH :








Rabu, 21 April 2010

ringkasan Kumpulan Homolog


Sebatian carbon
1. Pembakaran lengkap sebatian organic dalam oksigen berlebihan menghasilkan karbon dioksida,CO2 dan air
2. Hidrokarbon ialah sebatian organic yang mengandungi unsure karbon dan hydrogen sahaja.

  Isomerism
 1.   Isomerisme ialah fenomena di mana dua atau lebih molekul mempunyai jenis dan bilangan atom yang sama tetapi susunan atom yang berbeza.
2.       Isomer-isomer ialah dua atau lebih molekul yang mempunyai  formula molekul yang sama tetapi formula struktur yang berbeza.     
              
   Alkana
1.Alkana ialah suatu siri homolog bagi hidrokarbon tepu dengan formula am CnH2n+2dengan n = 1,2,3,4…..
2. sifat fizik alkana seperti takat lebur, takat didih dan ketumpatan adalah rendahtetapi semakin meningkat secara beransur-ansur apabila bilangan atom  karbon per molekul semakin meningkat.
3. Alkana terbakar dalam udara berlebihan menghasilkan karbon dioksida,CO2 dan air
4.Alkana menjadi tindak balas penukargantian dengan klorin atau bromine dengan kehadiran cahaya matahari atau cahaya ultralembayung


    Alkena
1.alkena ialah suatu siri homolog bagi hidrokarbon tak tepu dengan formula am C nH2ndengan n=2,3,4,….
2. Sifat fizik alkena seperti takat lebur,takat didih dan ketumpatan adalah rendahtetapui semakin meningkat secara beransur-ansur apabila bilangan atom karbon per molekul semakin meningkat.
3. Alkena terbakar dalam udara berlebihan menghasilkan karbon dioksida, CO2 dan air
4. Alkena menjalani  tindak balas penambahan dengan bromine,klorin,kalium manganat(VII) berasid,hydrogen,hydrogen halida dan air serta  mengalami tindak balas pempolimeran.
5.Alkena menyahwarnakan  warna ungu kalium manganat(vii) berasid manakala alkana tidak bertindak balas dengan kedua dua reagen itu.
   
    Alcohol
     1.Alkohol ialah suatu siri homolog dengan formula am CnH2n+1COOH di mana nilai n=1,2,3,……
     2.Ethanol disediakan melalui
·         Penapisan karbohidrat oleh yis
·         Tindak balas etena dengan stim
3.       Alkohol terbakar dengan lengkap dalam udara berlebihan menghasilkan karbon dioksida COair dan haba.
4.       Pengoksidaan alcohol menghasilkan asid karboksilik  yang sepadan
5.       Pendehidratan alcohol menghasilkan alkena yang sepadan dan air


Asid karboksilik  
1.       Asid karbosilik ialah suatu siri homolog dengan formula am CnH2n+1COOH di mana n=1,2……
2.       Asid karbosilik bersifat asid dalam air, maka dapat bertindak balas dengan besw, karbonat logam, dan logam reaktif untuk membentuk garam.
3.       Asid karbosilik bertindak balas dengan alcohol dengan kehadiran mankin asi sulfurik  pekat dalam keadaan panas untuk menghasilkan ester dan air. Tindak balas ini digelar pengesteran


Ester
1.       Ester ialah suatu siri homolog dengan formula am 
                                                           CnH2n+1COOmH2m+1=0,1,2,3,……. 
                                                                Dan m= 1,2,3…..
2.       Ester ringkas berbau wangi tetapi ester kompleks kurang berbau.
3.       Ester digunakan sebagai perisa, bahan pengawet dan pelarut organic.
4.       Ester tidak larut dalam air kecuali metal metanoat dan kurang tumpat daripada air.