KIMIA ITU MENARIK

Anda tetamu comel yang ke :

Tarikh islam

Ahad, 14 Jun 2009

pENUKARAN Mol , bilangan zarah, isipadu molar dan jisim

Mol , bilangan zarah, isipadu molar dan jisim

Hok perlu diingat@ tahu :

1. Bil mol = jisim/Molar mass

2. 1 mol = 6.02 x 1023mol-1

3. 1 mol = 22.4 dm3 STP

= 24 dm3 RT

4. Bagaimana nak cari Molar mass


Langkah penyelesaian :

1. Tulis maklumat yang diberikan

- Apa yang dia beri (AYDB)

- Apa yang Dia Nak (AYDN)

2. Tukar AYDB kepada bil mol.

3. Tukarkan mol kepada AYDN



Contoh soalan

Apakah isipadu bagi 24 gas metana CH4 pada STP

(JAR ; H = 1; C=12;)isipadu molar gas = 22.4dm3mol-1 pada STP


Langkah 1:

Mass = 24g Volume = ?

Langkah 2

Tulis formula yang berkaitan

Camna nak cari molar mass ?

Cth :

CH4 = 12+ 4(1 )

= 16

Mol = mass/molar mass

= 24g/(12+4)

= 24g/16

= 1.5 mol

Langkah 3

Tulis formula yang berkaitan( dia nak apo? Isipadu kan? So

Tulis formula berkaitan isipadu

Kamu nak hafal terus pun ok gak. Tapi saya lebih suka guna kaedah darab silang supaya tidak bertukar samaada nak darab atau bahagi

1 mol = 22.4 dm3mol-1

1.5 mol = x

X x 1mol = 1.5 mol x 22.4 dm3mol-1

X = 33.6 dm3


Ok kita cuba soalan yang susah sikit…

Contoh 2

Berapakah bilangan ion aluminium yang hadir dalam 20.4 g aluminium oksida, Al203?

(JAR : 0:16 , Al : 27)

Mass = 20.4g

Bilangan Zarah ion Al = ?

Camna nak cari molar mass ?

Al203 = 2(27) + 3(1 6)

= 102

Mol = mass/molar mass

= 20.4g/102

= 0.2 mol

1 mol = 6.02 x 1023mol-1

0.2 mol = X

X = 0.2 mol x 6.02 x 1023mol-1

X = 1.204 X 1023

Bil zarah Al203 = 1.204 X 1023

Setiap unit Al203 ada 2 unit Al

So ..

Mol Al X 2

1.204 X 1023 X 2

= 2.408 X 1023 Ion Aluminium


JADI… MUDAH KAN? TAK LA SUSAH MANA..

KALAU TOK LEH BUAT JUGAK GAK…. TAK TAU LAA

wasalam…..

7 ulasan: