KIMIA ITU MENARIK

Anda tetamu comel yang ke :

Tarikh islam

Isnin, 16 November 2009

Majukan Diri


Sudah Banyak tahun dah ada orang tawarkan kepada cikgu supaya menjadi pemeriksa Kertas Kimia...

banyak faedahnya pereksa kertas periksa nie .
  • konfiden nak ngajar,
  • tambah ilmu cara menjawab,
  • kenal geng pakar kimia dan banyak lagi.... diaorang kata laaa
saya senyap je laaa.. sebab apa.. malas nak ganggu cuti..
nak releks jo..
lagipun askar cikgu yang dua orang tu... hai aktif sangat-sangat..
sakit kepala nanti

tapi difikir2 betul gak apa yang diorang kata..
so.. tahun nie kalau ada rezeki.. cikgu ingat nak cubalaa meriksa kertas nie..
cari pengalaman dan untuk tingkatatkan diri..
lama dah duduk di durian mas nie..
kurang berkembang minda...

semoga ilmu yang dapat boleh digunakan untuk membantu anak-anak didik cikgu nanti...
amin..


askar-askar cikgu yang akan membantu cikgu nanti...haaa..haaa..



Muhammad Amin dan Muhammad Iman

Di Ambang Cuti Sekolah



lagi 3 hari maka akan berakhirnya persekolahan 2009... tak lama dah..
tapi hari-hari akhir ini memang sibuk yang amat..
banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum bercuti..
pelan taktikal laa, laporan panitia laa, pelan operasi laaaa..
alahai tensiooooooooooooooooooooooonnyeeeeeeeeee...

tapi nasib baik tahun nie cikgu tak jadi guru tingkatan..
markah kimia form 4 baru selamat dihantar..
alhamdulillah... selesai gak..
tapi result kurang menarik..
highest pun 64 sahaja...
camna nie???

yang paling sakit hati ialah set2 4IR nie ramai yang meniru...
meniru pulok bukan cerdik.. tiru BOdo..
doh laaa bodoh dohhh.. tiru pun bodoh gak..
cikgu paling anti dan benci jika anak2 buah cikgu meniru...

ada ko patut sebijik dia tiru.. hok salah pun tiru jugak..
bukan subjek kimia jo... subjek lain pun begitu gak...
bukanya boleh masuk universiti meniru niee..
tak boleh bawak mana pun..
buat habis dakwat pen jo perekso kertas..
so pencapaian kalian tidak dapat ditafsir dengan sempurna gara-gara 2,3 olor kerbau yang membawa Lumpur..


kelmarin dengar2 kena ceramah ko pengetua... haaaa... haaaa..padan muko !!
orang suruh buat latihan.. tak buat
pah tu nak tiru laaaa... bila nak insaf laaaa
sabar!!!!!



apa yang penting tahun nie dah nak habis dah..
kita fikir tahun depan pulak..
selamat bercuti kepada semua rakan-rakan guru smkdm...

lagi 2 hari lagiiiiii........

Ahad, 15 November 2009

Etanol


Etanol, C2H5OH yang dibuat secara industri adalah serupa dengan etanol, C2H5OH yang dihasilkan melalui proses panapaian. Etanol, C2H5OH yang dibuat secara industri adalah lebih murah tetapi undang-undang melarangnya daripada digunakan sebagai minuman kerana tidak dikenakan cukai eksais. Oleh itu, bahan beracun ditambahkan padanya untuk menghalang orang daripada meminumnya. Etanol, C2H5OH ini disebut Alkohol ternyahasli atau denatured alcohol. Etanol, C2H5OH ternyahasli ini digunakan di dalam makmal dan tidak seharusnya diminum

Minum 500 cm³ etanol, C2H5OH tulen boleh menyebabkan kematian. Jika seseorang terminum 2 sudu besar atau 30 cm³ methanol, CH3OH dia mungkin akan menjadi buta


vITAMIN A


Dalam badan kita, vitamin A ditukarkan menjadi trans-retinena. Trans-retinena berupaya menyerap cahaya dan diubah menjadi cis-retinena. Proses ini berlaku di dalam retina mata dan memainkan peranan dalam penglihatan kita.

ALKENA


Karotena, C40H56 ialah sejenis alkena yang disebut diena.

Warna merah, jingga dan kuning pada buah tembikai, tomato dan lobak

merah disebabkan ole kehadiran karotena.

Butadiena, H2C=CH—CH=CH2 boleh dijumpai dalam kopi. Kulit limau nipis mengandungi okt-1-ena, C8H16.

Sabtu, 14 November 2009

Kadar tindakbalas


  • Perjalanan balik ke kampung sejauh 240 km dengan menaiki bas mengambil masa 3 jam. Laju purata bas sebanyak 80 km j¹ boleh dianalogikan dengan kadar tindak balas purata. Laju bas pada satu-satu ketika pula dianalogikan dengan kadar tindak balas pada masa tertentu. Ini ditunjukkan oleh meter laju di dalam bas.

  • Kadar tindak balas dapat ditingkatkan dengan menggunakan saiz bahan tindak balas yang lebih kecil. Saiz bahan tindak balas dapat dikecilkan sehingga tahap satu zarah supaya peningkatan maksimum dalam kadar tindak balas dapat diperoleh. Ini dapat dilaksanakan dengan melarutkan bahan tindak balas dalam air atau pelarut lain yang sesuai.