Tarikh islam
 
Sabtu, 13 November 2010
Aloi...
Garam....
- semua Garam AmNaK
- Semua Garam Nitrat
- Semua Garam Clorida Kecuali PAM ( Potassiun, Agentum, Mercury
- Semua Garam Sulfat kecuali BaCaP ( Barium, Calsium , Plumbum )
- Semua Garam Karbonat kecuali AmNaK
- PAM Klorida
- SuBaCap ( Barium, Calsium dan Plumbum Sulfida)
Jumaat, 12 November 2010
Chemistry Tips - SPM 2010 Focus
Chemistry Tips - SPM 2010 Focus
Isnin, 1 November 2010
Penggunaan Istilah/Perkataan Yang Tidak Tepat dalam menjawab soalan
| Bil | Tidak Tepat | Sepatutnya | 
| 1 | Mendakan perang | Enapan perang | 
| 2 | Atom yang stabil | Atom mencapai   susunan elektron oktet yang stabil | 
| 3 | Konfigurasi   elektron | Susunan elektron | 
| 4 | Larutan jernih | Larutan tanpa   warna | 
| 5 | Ion iodida   bertindak balas lengkap | Ion iodida habis   bertindak balas//semua ion iodida bertindak balas lengkap | 
| 6 | Tindak balas tidak   berlaku(pemerhatian) | Tiada perubahan | 
| 7 | Mempercepatkan   kadar tindak balas | Kadar tindak balas   bertambah/meningkat | 
| 8 | Pembakaran dengan   karbon | Pembakaran dengan   oksigen | 
| 9 | Magnesium lebih   aktif daripada zink | Magnesium lebih   reaktif daripada zink | 
| 10 | SEK | Siri elektrokimia | 
| 11 | Magnesium lebih   reaktif daripada zink (siri elektrokimia) | Magnesium lebih   elektropositif daripada zink. | 
| 12 | Magnesium lebih   elektropositif daripada zink.(siri kereaktifan) | Magnesium lebih   reaktif daripada zink | 
| 13 | Campurkan ammonia | Campurkan larutan   ammonia | 
| 14 | Larutan kalium   permanganat | Larutan kalium   manganat(VII) berasid | 
| 15 | Polistirena dapat   mencegah kehilangan haba | Polistirena   mengurangkan kehilangan haba | 
| 16 | Takat lebur ialah   takat dimana pepejal berubah menjadi cecair | Takat lebur ialah   suhu dimana pepejal berubah menjadi cecair | 
| 17 | Bilangan elektron   terluar | Bilangan elektron   di petala luar/terluar | 
| 18 | Fungsi titian   garam ialah melengkapkan litar dan mengasingkan larutan | Fungsi titian   garam ialah membenarkan ion melaluinya | 
| 19 | Natrium menderma   elektron | Atom natrium   menderma satu elektron | 
| 20 | Struktur elektron   stabil | Susunan elektron   octet | 
| 21 | Elektron sudah   penuh dipetala luar | Terdapat lapan   elektron di petala luar | 
| 22 | Tarikan nukleus ke   atas petala luar | Tarikan nukleus ke   atas elektron di petala luar | 
| 23 | Saiz unsur   bertambah | Saiz atom   bertambah | 
| 24 | Kadar tindak balas   cepat | Kadar tindak balas   tinggi/meningkat/bertambah | 
| 25 | Kadar tindak balas   perlahan | Kadar tindak balas   rendah/berkurang | 
| 26 | Saiz bahan yang   kecil mempunyai luas permukaan yang besar | Saiz bahan yang   kecil mempunyai jumlah luas permukaan yang besar | 
| 27 | Bilangan zarah   bertambah apabila kepekatan bertambah | Bilangan zarah per   unit isipadu bertambah apabila kepekatan bertambah | 
| 28 | Sebatian ion dapat   mengalirkan arus elektrik | Sebatian ion dapat   mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau akueus. | 
| 29 | Jisim atom relatif   sesuatu unsur berapa kali satu atom unsur itu lebih berat daripada hidrogen | Jisim atom relatif   sesuatu unsur berapa kali satu atom unsur itu lebih berat daripada satu atom   hidrogen | 
| 30 | Hidrokarbon ialah   sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen. | Hidrokarbon ialah   sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen sahaja. | 
| 31 | Nombor   pengoksidaan ferum berubah | Nombor   pengoksidaan ferum bertambah dari +2 ke +3 | 
| 32 | Daya tarikan   sebatian ion kuat | Daya tarikan   antara ion dalam sebatian kuat | 
| 33 | Daya tarikan dalam   molekul lemah | Daya tarikan   antara molekul lemah | 
| 34 | Polimer adalah   bahan yang terdiri daripada monomer-monomer | Polimer adalah   bahan yang terbentuk daripada penggabungan monomer-monomer | 
| 35 | Warna kalium   mangganat(VII)menjadi tanpa warna | Warna ungu larutan   kalium mangganat(VII)menjadi tanpa warna | 
| 36 | Atom natrium dan   klorin terletak dalam kala yang sama kerana kedua-dua atom mempunyai tiga   petala | Atom natrium dan   klorin terletak dalam kala yang sama kerana kedua-dua atom mempunyai tiga   petala berisi elektron | 
| 37 | Sabun terdiri   daripada bahagian hidrofilik dan hidrofobik. | Molekul sabun   terdiri daripada bahagian hidrofilik dan hidrofobik. | 
| 38 | Sabun merendahkan   tegangan permukaan pakaian | Sabun merendahkan   tegangan permukaan air | 
| 39 | Zink karbonat   berwarna kuning semasa panas dan putih semasa sejuk | Zink oksida   berwarna kuning semasa panas dan putih semasa sejuk | 
| 40 | Kuprum didiscas   dikatod | Ion kuprum   didiscas dikatod | 

 
