KIMIA ITU MENARIK

Anda tetamu comel yang ke :

Tarikh islam

Isnin, 25 Mei 2009

score Kimia


syarat wajib untuk ke IPT bagi aliran Sains tulen  ialah subjek kimia... bukan biologi ataupun fizik.. so pelajar wajib ambil and score kimia untuk mendapat laluan mudah untuk ke IPT..

sebab apa? subjek kimia nie boleh masuk untuk kedua-dua sekali.. bergabung ngan fizik ataupun untukn Biologi..
sebab tu laa cuma ada 2 kos matrikulasi sahaja untuk pelAJAR SAINS... MATRIKULASI SAINS FIZIK DAN MATRIKULASI sAINS hAYAT.. Yang mana kedua-duanya memerlukan Score Kimia.

pada masa muda-muda cikgu Dahulu,  cikgu ambil Matrikulasi sains Fizik..kesilapannya.. yang sebenarnya cikgu lebih berminat dengan biologi tetapi ikut kawan serumah punya pasal so joint sains fizik jo laaa. pelajar sains hayat lelaki cuma kurang dari 10 orang sahaja... dalam 16 orang dalam rumah kami.. NO 9 tok jembal, cuma 2 orang je yang ambil sains hayat..
Last sekali cuma dapat cukup-cukup makan jo untuk ke ijazah..
akhirnya Dapat laaa tawaran yang ke Bac. Sc Dgn Pend ( Kepujian ) Kimia. pilihan yang ke-3 yang cikgu mohon. sebenarnya kimia nie cikgu kurang minat sejak sekolah lagi.. mungkin cikgu telah ditakdirkan untuk menjadi seorang guru Kimia...  dahulu rasa cam susah jo kimia.. tapi sekarang, begitu mudah.. cuma kena ada kerajinan, kesungguhan dan sebagainya.

Kimia merupakan subjek yang memerlukan pemahaman dan Hafal. 
kalau tak hafam tak akan boleh faham dan tak akan boleh selesaikan permasalahan kimia. biasanya jawapannya berkaitan dari atas sehingga ke bawah.. so kena ada teknik untuk memudahkan kita ingat dan faham.. tak susah!!

# contohny.. cas-cas ion.. kalau tak hafal cas, kita  tak akan boleh buat FORMULA KIMIA, tanpa formula, persamaan kimia tidak akan terjadi, kalau salah persamaan kimia, semua pengiraan akan kantoi.. so hilang sahaja 10 markah free-free..

jadi pelajar semua kena kemaskan betul-betul asas supaya mudah untuk memahami kimia seterusnya.. nampak cam susah kan?  tak susah, insyallah kita cuba berbincang di Blogspot ini..
tanpa usaha mimpi tidak akan menjadi kenyataan...

kimia itu mudah!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan