KIMIA ITU MENARIK

Anda tetamu comel yang ke :

Tarikh islam

Ahad, 13 September 2009

Penulenan dan penyaduran Logam

masih lagi bab elektrolisis...

kali ini cikgu nak cerita tentang proses Penyaduran dan Penulenan Logam.. famous la jugak.


PeNulenan - Angkatan Tentera Tua Kuala Terengganu ( ATT KT)

Penyaduran - Ahli Lembaga pengarah Kudis ( ALP KUDiS)


apo makna tu..?

bab elektrolisis nie...

apa yang penting kena tau 3 perkara..


1. elektrod!!! mana satu anode and which one is cathode?

nie bergantung kepada sambungan pada bateri.

2. jenis elektrolit yang digunakan...


ok proses penulenan Logam..

Logam yang diekstrakan daripada mineral mungkin mengandungi logam lain sebagai benda asing. jadi ia mesti ditulenkan untuk mendapatkan logam asli.

Semasa penulenan

Yang bertindak sebagai elektrod

Ø* Di katod – logam tulen.

Ø* Di anod – logam tak tulen.

* elektrolit - Larutan akueus yang mengandungi ion logam yang hendak ditulenkan

Ø

ringkasnya

ATT - anode - logam TAK TULEN

KT - Katod - Logam Tulen


1. jadi sambungkan punca wayar positif kepada elektrod logam tak tulen dan negatif kepada elektrod logamTulen.

2. hidupkan suiz... buat pemerhatian.. apa yang berlaku!!



CONTOH eksPERIMEN

PENULENAN LOGAM KUPRUM..

* Di katod – kuprum tulen.

Ø* Di anod – kuprum tak tulen.

* elektrolit - Larutan akueus yang mengandungi ion logam yang hendak ditulenkan

so.. kita boleh gunakan Kuprum Sulfat, CuSO4 sebagai elektrolit

Ø

Bagaimana nak tafsirkan eksperimen ini...????


1. elektrolit = Larutan akuess Kuprum Sulfat, CuSO4

oleh kerana larutan akuess… jadi ion yang terlibat :

CuSO4 - ion Cu2+, ion SO42-

H2O - Ion H+, OH 2-


2 . Ion mana yang akan ditarik ke elektrod?

- positif akan menarik negatif dan

- Negatif akan menarik cas positif

Anod ( Positive ) : Cu2+ dan H+

Cathode ( Negative ) : SO42- dan OH-



3. Ion mana yang akan di DisCharge?

- Ia bergantung kepada 3 faktor Discharge.

Yang biasa adalah kedudukan dalam siri elektrokimia

Anod ( Positive ) : Cu2+ sebab lebih elektropositive dari H+

Cathode ( Negative ) : Cu2+ jugak sebab kandungan ion Cu2+ lebih pekat berbanding dengan SO42- dan OH-

hasil dari ion Cu2+ yang larut di anode... malas nak sambung.. continue jap ek!!


Di katod :
Cu2+ - 2e --------- Cu
Di anod :
Cu ----------- Cu2+ + 2e



PEMERHATIAN :

Di katod

Enapan perang terbentuk

Di anod

Logam kuprum tak tulen terkakis

uji otak anda

Proses Keseluruhan Otak

Kita semua memikir menggunakan keseluruhan otak. Bagaimanapun, satu bahagian darinya lebih menguasai atau mendominasi. Dalam berfikir, sebagai contoh, otak berada dalam keadaan bercakap sendirian. Bagaimanapun, satu bahagian akan lebih mendominasi untuk mengeluarkan kata-kata lebih kuat atau memberi arahan.

Bahagian yang dominasi akan merancang personaliti hidup seseorang, bahagian yang seseorang itu lebihkan, dan dalam bentuk dimana seseorang itu memberi respon terhadap tekanan atau krisis. Dimana corak pemikiran masing-masing adalah berbeza, kedua-dua bahagian otak juga adalah berbeza dan pendapat pada satu situasi yang sama juga berbeza.

Adalah menguntungkan untuk kita perkembangkan kedua-dua bahagian otak kerana ini akan menambahkan lagi maklumat dalam menyelesaikan masaalah. Dengan menjadi waspada tentang cara meransangkan bahagian yang tidak dominasi, individu akan lebih mudah merangkumi didalam menghadapi situasi kehidupan yang berbeza. Beberapa idea disediakan dalam risalah peserta.. Anda dapat rujuk beberapa idea dengan peserta.

Ideanya ialah berjuang untuk menjadi pengerak dengan seluruh otak (whole brain processor). Jika anda menguasai proses dominasi otak kiri, dengan perkembangkan otak kanan anda akan menjadi lebih kreatif dan berkemampuan. Dengan perkembangkan bahagian yang kiri, proses otak kanan akan menjadi lebih logik dan analisi.

Cara lain untuk perkembangkan pemikiran keseluruhan otak ialah dengan lompat tali atau “jalan bersilang kaki”. Setiap aktiviti memerlukan ransangan kedua-dua bahagian tubuh berulang-ulang.

Latihan seterusnya,”Jalan bersilang kaki,” mungkin memerlukan masa untuk peserta berdiri dan melakukan regangan(stretch). Minta peserta berdiri. Minta mereka angkat lutut kanan dan sentuh siku kiri, kemudian sebaliknya. Lakukannya sebanyak 10 kali.

gambar ini dikatakan boleh menguji keceerungan kita sama ada menggunakan otak kri ataupu kanan. cuba renung gambar orang menari ini. kalau kita mudah lihat ia berpusing mengikut arah ikut jam kita banyak menggunakan otak kiri. sebaliknya jika kita lebih cederung nampak menari ikut lawan jam.. kita lebih mudah menggunakan otak kanan



Khamis, 3 September 2009

APO CERITA

Assalamualaikum semua...
lama dah rasanya cikgu tk menulis blog nie..
tak sempat nak menulis...

sibuk sikit... anak2 murid nak pereksa tak lama dah..
tahun nie ckgu tk cara sikit ko budak kimia.. cikgu kena mengajar form 4 pulak..


walaubagaimanapun tima kasih kpd yang menjengok blok cikgu.
insyallah klau ada masa cikgu akan upgrade dari semasa ke semasa... janji kalau ada permintaan.

baru ni cikgu ada mengikuti motivasi oleh seorang pakar motivasi... tak sohor mana tapi ok laaa..

dia kata otak kita nie terbahagi kpd otak kanan dan kiri

otak kiri mudah kita nak menghafal tapi tidak tahan lama ingatannya....

otak kanan mempunyai ingatan yang tahan lama...

contohnya....
kita jalan2 kat pasar malam.. jumpa seseorang..
kita ingat mukanya... tapi kita tak tahu namanya..

muka dan bentuk tu contoh penggunaan otak kanan manakala nama dan huruf tu gunakan otak kiri...


kebanyakkan kita nie menggunakan otak kiri...
ada banyak lagi yang di huraikanya ... malas nak tulis

yang penting dalam pengajaran cikgu cikgu suka anak buah cikgu aktifkan otak kanan
supaya kimia nie melekat kukuh di dalam otak selamanya...

nanti cikgu sambung lain kali ek...